Syura Badron Restricts Social Media Comments Amidst Online Backlash
Translated from Malay, summarized and contextualized by DistantNews.
TLDR
- Singer Syura Badron has restricted comments on her social media due to persistent negative remarks.
- She stated the move is to protect her emotional well-being, not to avoid criticism, as she is tired of reading the same negative comments repeatedly.
- The issue resurfaced after she shared an old music video, leading some netizens to bring up a past controversy from 2021.
Penyanyi Syura Badron terpaksa mengambil langkah drastik dengan menyekat dan mengehadkan komen di platform media sosialnya. Keputusan ini bukanlah kerana beliau tidak mampu menerima kritikan, sebaliknya ia adalah satu langkah menjaga kesihatan emosi diri setelah sekian lama terpaksa berdepan dengan kecaman yang berulang-ulang.
Harini saya terpaksa sekat atau restrict komen-komen yang agak mengundang. Bukan tak boleh dikritik atau dikecam, tetapi saya penat nak hadap dan membaca perkara yang sama berulang kali.
Dalam satu hantaran di aplikasi Threads, Syura menjelaskan bahawa beliau penat untuk terus-menerus membaca perkara yang sama. "Salah tetap salah, tapi siapa kita untuk terus menghukum tanpa henti? Sampai bila nak menghukum? Lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita semua manusia, tiada siapa yang suci daripada dosa. Saya pun cuba untuk teruskan hidup dan move on seperti orang lain," luahnya.
Syura masih boleh menerima teguran yang disampaikan secara berhemah, namun tidak sanggup lagi melayan komen-komen melampau yang disifatkan sebagai keterlaluan. "Betul, haters akan tetap membenci. Yang menegur dengan baik itu saya hargai dan boleh terima. Tapi yang komen melampau ini memang penat untuk dilayan. Sebab itu saya terpaksa ambil langkah untuk sekat," jelasnya.
Salah tetap salah, tapi siapa kita untuk terus menghukum tanpa henti? Sampai bila nak menghukum? Lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita semua manusia, tiada siapa yang suci daripada dosa. Saya pun cuba untuk teruskan hidup dan move on seperti orang lain.
Perkara ini timbul selepas Syura memuat naik sebuah video muzik lamanya ketika berusia 14 tahun sebagai kenangan awal penglibatannya dalam industri seni. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk komen negatif yang kembali mengungkit konflik lama yang dipercayai merujuk kepada kontroversi melibatkan sesi Instagram Live bersama penyanyi Siti Nordiana pada tahun 2021. Walaupun insiden tersebut sudah lama berlalu, segelintir netizen dilihat masih mengungkit perkara berkenaan di ruangan komen, sekali gus mencetuskan kembali perdebatan.
Betul, haters akan tetap membenci. Yang menegur dengan baik itu saya hargai dan boleh terima. Tapi yang komen melampau ini memang penat untuk dilayan. Sebab itu saya terpaksa ambil langkah untuk sekat.
Originally published by Utusan Malaysia in Malay. Translated, summarized, and contextualized by our editorial team with added local perspective. Read our editorial standards.